Archive for March, 2010

Air Mata Berkalis (Eps.4)

Tuesday, March 2nd, 2010

Pada saat ku telah duduk di tengah-tengah mini pelamin di hadapan orang ramai yang sudah tentu sedang menumpukan pandangan mereka ke arah ku..

Embuk berada paling dekat dengan ku didiringi oleh bik imah, adik bongsu embuk yang sedang menatang dulang hantaran berisi sepasang cincin emas yang terhias manis dengan rona kain berwarna biru lembut..

Pada saat itu, ingatan ku jadi kabur kerana otak ku sangat kosong kerana terlalu gementar dek pandangan orang ramai.. Aku hanya menghulurkan tangan kiri ku apabila disuruh oleh bik imah..

Tanda Ingatan dari si Dia..

Cincin pertama yang embuk sarungkan adalah cincin emas belah rotan sebagai tanda merisik.. Lalu disarungkan cincin emas bertatahkan lima batu permata putih ditengah-tengah dengan susunan beberapa lagi batu permata putih yang lebih kecil di separuh lingkaran atas cincin sebagai tanda ikatan pertunangan dengan kekasih hati ku, kanda Z yang tersayang..

Hanya tuhan sahaja yang mengetahui debaran hati ini yang semakin kuat berdegup kencang… Aku dapat lihat embuk hampir sebak di saat menyarungkan cincin kedua itu. Aku menyambut tangan nya dengan lembut dan bersalam sambil Comel sempat mengambil gambar beberapa kali di beberapa posisi yang berlainan.. Selepas ku mencium tangan embuk, aku terus mencium pipi embuk, namun aku semakin dapat rasakan sesuatu yang sangat berlainan melalui pegangan tangannya yang sangat erat.. Aku turut memberikan tindakbalas yang sama..

Aku menggengam tangan kanan embuk seerat-eratnya sambil berbisik di terlinga kiri embuk yang memang hanya kami yang mendengarnya..

Terima kasih embuk……. Terima kasih sangat-sangat……

Ketika ini lah genggaman tangan kami semakin erat dan kuat, aku sempat melihat air mata embuk bergenang sepenuh-penuhnya di kelopak mata embuk… Ohhhhhhhh….

Sama-samaaa…

Jawab embuk tanpa suara namun aku dapat mendengar nafas dan membaca gerak bibir nya yang hampir tak terkeluar perkataan itu.. Pada kali ketiga aku mencium pipi embuk di sebelah kanan, embuk mula menangis teresak-esak..

Aku yang semakin sebak dan hiba waktu itu, tidak dapat menahan air mata yang sememangnya dah lama ku tahankan dari saat embuk menyarungkan cincin pertunangan… Ohhh tidaaakkk…..

baru aku teringat.. Aku kan pakai make up tebal dengan maskara nyaa dengan bulu mata palsu lagi…errrrgghh…

Aku cuba tahan tapi masih tidak dapat menahan sebak melihat embuk.. Aku pun menangis hampir teresak-esak di depan embuk..menyebabkan saudara embuk yang lain turut menitiskan air mata..

Malah air mata ku makin laju selepas habis peluk cium embuk.. Sehingga terasa basah kain selendang yang ku.. Aku memandang sedalam-dalamnya mata embuk..

Bukk…..janganlaa naangiissss………nanti za nangis jugaak laaa….huuuu…

Air mata ku semakin laju berjujai mengalir ke pipi ku yang dikalisi oleh bedak make up dan blusher yang tebal tue..

Tanpa mengira samada wajah ku ok atau tidak ketika itu.. Aku tahu embuk sangat sebak mengenangkan bahawa anak lelaki tunggalnya sudah ditunangi orang.. Aku tahu embuk masih tak menyangka semuanya berlalu bergitu cepat.. Aku juga tahu yang embuk masih cuba untuk tabah menerima hakikat ini. Begitu juga aku yang tidak menyangka bahawa kanda Z yang sebelum ini pada fikiran ku kami tidak akan sampai ke mana sudah secara rasminya menjadi tunangan ku pada hari ini..

Begitu banyak cubaan dan dugaan yang telah ku tempuhi dengan segala kesabaran dan keutuhan hati dan nurani yang kuat walaupun baru setahun aku dan kanda Z membina cinta… Namun segala nya terlerai sudah dengan penyelesaian yang mungkin adalah paling terbaik antara kami..

Mengenangkan kisah cinta antara kanda Z dengan kekasih lamanya dulu jelas masih kuat terngiang-ngiang di jauh sudut ingatan ku, perit hati sakitku juga masih lagi boleh terasa hingga kini yang tidak mungkin dapat ku lupakan sampai bila-bila.. Jalan ceritanya juga masih jelas ku ingat sehingga sekarang, yang mungkin boleh kuceritakan dengan jelas dalam beberapa siri pada tajuk blog yang akan datang kelak sebagai tatapan dan pengajaran buat kita semua yang bergelar insan yang tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan..

Walaubagaimanapun, sejak mula bulan Ramadhan tahun 2009 yang lepas, selepas semua kebenaran terbongkar dan selepas semua pertengkaran, pertikaman lidah, pergaduhan besar, ibarat peperangan yang maha dahsyat seumur hidup ku serta selepas ku lepaskan sekuat-kuatnya lontaran jeritan perasaan dan tangisan air mata yang hampir kering dan lemah meronta-ronta untuk menerima semua hakikat dan kejadian yang seolah-olah tidak sudah-sudah menyakiti dan menguji hati lemah ku ini, Allah swt mungkin telah memakbulkan kesungguhan doa ikhlas ku di bulan Ramadhan yang suci lagi paling bererti buatku… Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa dalam segala-galanya..

Kanda Z mula berubah dan memohon kemaafan yang berkali-kali kepada ku.. Kanda Z bukan kanda Z yang seperti dulu lagi… Perubahan sikap dan cara layanannya secara mendadak itu membuatkan hati ku ini masih belum tertutup rapat lagi buat Si Dia yang bernama Zainudin Asmat ini.. Ternyata aku masih amat menyayangi nya seperti 11 Jan 2009 yang dulu.. Katanya, dia inginkan peluang untuknya kembali.. Dia ingin tetap setia bersama ku hingga ke akhirnya hayatnya.. Ternyata kanda Z benar-benar ikhlas dan sangat menyayangiku dengan penuh perhatian sehingga sekarang……………………………

Ohh.. aku bersyukur kepada Allah kerana berkat hidayah dari NYA dan berkat kasih sayang yang terlalu mendalam antara kami, akhirnya kami sampai juga hingga ke tahap ini.. Keluarga kami berbincang secara beradat untuk menyatukan kami pada hari ini.. Alhamdulillahh… Sesungguhnya ujian itu telah memberi kekuatan yang luar biasa kepada kami untuk terus memperjuangkan kisah cinta kami. Semoga Allah memberkati hubungan ini dunia dan akhirat…..

Baiklah selesai sudah si ibu pihak lelaki menyarungkan cincin nya maka, pihak perempuan sila lah bersalam-salam dengan ahli keluarganya pihak lelaki bagi memperkenalkan diri sebagai bakal ahli keluarga nya si lelaki..

Lamunan ku terus terhenti dengan ucapan daripada wakil pihak lelaki itu yang menurut kanda Z, dia adalah saudara dekat arwah ayahnya..

Aku terus menuju ke arah bibik imah dan bersalaman dengan yang lain yang ada juga yang menangis pabila bersalaman dengan ku… bibik ana..wawa…nenek yang lebih mesra ku panggil maak.. ibu ku yang tersayang…

Apesal ko nanges pulak loonggg… Habes make up tuue…

Ibuku berbisik perlahan semasa ku mencium pipi kanannya..

Along tak tahan la maaa… nie seb bek tak melalakk taww..

Jawab ku sambil menangis semasa aku mencium pipi kiri ibu ku.. Aku seterusnya bersalam dengan nek itam ku ..nek su…dan buat kali keduanya ku bersalam dengan embuk sekali lagi… Akhir sekali aku bersalam dengan  Anis, adik kanda Z yang paling tua dan sebaya umurnya dengan ku..