Archive for May, 2010

Air Mata Berkalis (Eps.5)

Wednesday, May 26th, 2010

Syukur Alhamdulillahh…. Semuanya telah selamat dilangsungkan tanpa ada sebarang halangan dan ujian.. Selesai ku bersalaman dengan sanak saudara kanda Z  dan semua keluarga ku yang tercinta kecuali ayahandaku yang tersayang, sempat juga ku bergambar dengan rakan-rakan yang hadir dan menjemput mereka untuk menjamu selera di khemah yang tersedia di perkarangan rumah.

Sehari sebelum majlis ( beberapa minit sebelum khemah dipasang di perkarangan rumah),

Ayah.. ayah ada apa-apa masalah ker along nak buat majlis tunang along nie yah..? Ayah izinkan tak along buat semua nie..?

Soalku yang hampir sebak bila memandang tepat pada mata ayahku. Ku tekad ingin berbincang dengan ayahku setelah ibuku disentak oleh ayah sebaik ibuku memberitahu ayah yang ada orang akan datang pasang khemah kat perkarangan rumah nanti. ku menarik nafas panjang dengan duduk betul-betul di hadapan ayahku yang pada masa itu sedang asyik menonton tv di kerusi malas kegemarannya sambil menukar-nukar siaran.

Ya.. Memang ada masalah.. Ayah memang izinkan kau bertunang.. Itu ayah tiada masalah, tapi kenapa kau degil tak dengar cakap ayah. kan ayah dah cakap, jemput mak dan ayah Z sahaja. bawak cincin. dahh.. Yang kau beria-ria sangat jemput bukan main orang tu semua buat apa…??? Kau jangan mandai-mandai nak pasang khemah kat rumah nie. Kalau kau nak tunang, ikot cakap ayah. tak payah nak buat-buat majlis nie semua.. membazirrrrr je.!!! Kalau kau nak buat jugak ayah tak nak masuk campur dalan urusan kau. Suka hati kaulah apa pun kau nak buat…

Tersentak hati rapuh ku yang sangat luluh dek pandangan tajam ayah….Jatuh gugur air mata ku yang  dah lama bertakung dari tadi.. Oh tidakk.. Ayahhhhhh……

Ayahhhhhhhhhhhhhhh……………………….

Sampai hati ayah cakap macam tu.. Along nie kan anak ayah…. Kenapa nie ayah.. Siapa yang tak nak ayah sendiri hadir pada majlis penting macam nie ayah…. Along nie anak ayah kann…??? Salah ke along nak buat majlis nie ayahh… Along tak mintak pun ayah keluarkan duit untuk majlis nie… Along cuma nak restu dari ayah.. Along bukan buat benda yang memalukan ayah kann.. Pernah ke along malukan ayah…?? Along ngan Z dah cuba sehabis baik untuk lancarkan majlis nie sendiri tanpa susahkan maaak….ayahh… Takkan ayah nak along batalkan semua nie.. Along masih ada ayah, ayah along masih hidup, sihat.. Kenapa tidak ayah along sendiri nie ada masa majlis tunang anak ayah nie ayah….. Kenapa yah….?????????

Ku sudah tidak dapat mengeluarkan kata-kata lagi kerana terlalu sebak untuk meneruskan percakapan.. Dada ku sesak, nafas ku semakin kuat dan berbunyi…  Kata-kata ku semakin bergetar di depan ayah ku.. Ibuku turut menangis menenangkan diri ku yang dah berjujai-jujai basah dek air mata…

Ayah dah cakap ayah izinkan, cuma ayah tak suka buat majlis-majlis macam nie.. Ayah tak nak masuk campur. Suka hati kaulah…..

Jawab ayahku dengan nada yang agak perlahan dari jawapan yang awal tadi.. Mungkin ayah rasa tak selesa melihat ku menangis teresak-esak di hadapan ayah..

Setelah selesai sesi menyarung cincin….

Liza.. ayah kau mana?? tak nampak pun dari tadi…

Soalan bertubi-tubi dipanculkan oleh sahabat -sahabat dan tetamu yang lain….

Ermmm.. ayah ada hal hari nie.. Ada kerja kat luar… Penting katanya…

Jawabku ringkas.. Teringin ku memberitahu apa yang terjadi sebenarnya, tetapi mungkin keadaan tidak mengizinkan.. Kelancaran majlis tanpa ayah sememangnya amat tragis untuk ku fikirkan berkali-kali.. Sedangkan ayah ku masih sihat di luar sana… Ohh tuhan… Lindungilah ayahku dari segala kecelakaan ya Allahh.. Panjangkanlah usia ayahku yang amat ku cinta…. Ku akur dengan ujian mu ya Allahh.. Sesungguhnya walau apa pun yang terjadi, walau buruk  bagaimanapun kejadian yang menimpa, ku tetap amat menyayangi ayah ku yang membesarkan ku dan menanggung kami sekeluarga sampai sekarang.. syukur alhamdulillahh…. ampunilah dosa-dosa ku dan dosa kedua ibu bapa tercinta ku ya Allah… amin..

Pabila kebanyakannya selesai menjamu selera.. Ku memanggil kanda Z masuk untuk bergambar kenangan di mini pelamin dan hantaran-hantaran yang disusun di ruang tengah. Kanda Z berpakaian serba putih dengan wajah yang agak letih. Mungkin kerana berulang-alik mengambil hantaran dari rumah kak Gia pagi tadi.. Namun terpancar wajah kelegaan pabila melihat semuanya hampir berjalan dengan lancar sehingga ke akhir majlis. Termasuklah kenaikan pangkat hubungan kami yang sudah melepasi acara penerimaan pihak keluarga ku terhadap ikatan pertunangan ini. heheee… Syukur Alhamdulillahh… Keputusan antara kedua-dua pihak kami akan diikat selama setahun sebelum mendirikan rumah tangga..

Yang pastinya waktu itu, semuanya dapat dilangsungkan dengan lancar dan sempurna.. Jiran-jiran kawan ibuku turut hadir memeriahkan majlis di saat-saat akhir kerana kebetulan pada waktu yang sama sahabat baik ku Siti Aishah Arifin dan Zuryani Harrison melangsungkan hari persandingan mereka pada hari yang sama dengan hari pertunangan ku, 31 Januari 2010 betul-betul selang satu padang bola sepak di hadapan rumah ku.. Jadi kerja-kerja merewang oleh para jiran banyak dilakukan disebelah sana.. Kecewa juga kerana pada waktu yang sama ku tidak dapat menghadiri majlis persandingan kedua-dua sahabatku itu. Walaubagaimanapun, ku tetap ceria di hari pertunangan ku yang serba sederhana ini.

Maa…habis ker lauk-lauk kiter semua tue ma…??

Tanya ku yang sedikit jerit kerana waktu itu masih bising dek suara tv sejurus selepas majlis dan sesi bergambar kenangan selesai.

Alhamdulillah…. Syukur lahhh… Tinggal cukup-cukup ajer untuk kiter anak -beranak makan malam nie… Ko dah makan belum..? Dari pagi mak tengok, jejak ke petang tak sentuh aper pun kann.. Dahh, pegi makan..kang ko pengsan pulakk….  Tunang ko tue dah balik dahh.. kang takder siapa pulak  nak angkat..

Gurau ibuku membuat kan aku semakin gembira tambah-tambah pabila mendengar perkataan “tunang”.. Lapang dadaku mendengarnya.. Syukur Alhamdulillaahh…

Pabila malam, kami semua masih sibuk mengemas semula segalanya, terutama sekali bahagian luar kerana orang yang memasang khemah semalam akan ambil semula pada awal esok pagi. Keletihan mengemas yang masih banyak lagi yang belum diselesaikan membuatkan ku tertidur di mini pelamin sehingga tidak sedar ayahku dan adik lelaki sulong ku, Shafiq, sudah pulang. Hanya mereka berdua sahaja yang tidak menonjolkan diri sewaktu majlis berlangsung.

Dah habis bukan nyer tahu nak kemas.. malas..tidooo jer tahu…

Tersentak ku mendengar ayat itu terpacul dari mulut adikku lelaki  sulong ku sendiri waktu aku masih tidur. Ku tidak terus bingkas bangun, cuma tersentak dek  suaranya yang agak lantang. Hatiku sakit mendengarkan kata-kata itu. Kepada siapa lagi kalau tidak kepada ku seorang sahaja yang tertidur waktu itu. Jika ku bangun, pasti perbalahan akan berlaku. Dari semalam Apit memang langusng tidak membantu apa-apa untuk melancarkan majlis, kasihan adik lelaki bongsu ku Zawahir dan adik-adik perempuan ku yang kecil Wani dan Wana… Hanya merekalah yang boleh ku harapkan. Pakcik Emi, adik lelaki ibuku dan tunang adik perempuanku Zamri juga turut membantu segala yang termampu sejak semalam. Mak Su apatah lagi, sampai tertido di ruang tamu malam tadi membantu ku menghias mini pelamin. Tapi Apit..???? Huhhh!!!