Air Mata Berkalis (Eps.3)

Pada jam 1.30 tengah hari..

Kak Gia hampir selesai mengandam ku..turut dibantu oleh kak mah yang baru sahaja menceburi bidang andaman dan solekkan nie.. Sambil kak Gia make up, kak Gia akan explain sikit-sikit pada kak mah.. Aku pun yang dah memang ada di tempat kejadian, dapatlah jugak sikit tempias ilmu yang diterangkan pada kak mah..hehee… Setahu aku, kak Gia memang berpengalaman mengandam artis sebelum nie, jadi, memang tak hairan lah sekarang dah ada anak murid..heee.. termasuk lah aku..

Kak Gia memakaikan tudung yang aku beli di Up Town minggu lepas.. Sedondonlah dengan warna lembut baju ala-ala pengantin nie.. Bagai nak rak cari kat KL tak jumpe..Nasib baik lah jumpa masa pergi Up Town ngan kanda Z, Anis dan bibik Juliza masa malam hari minggu..

Kak Gia, saya nampak gemok tak nie.. nie kain kat depan yang macam tudung siti nie ok ker kak Gia..??

Rengek ku, yang sememangnyer dah lama risaukan lebihan tudung di bahagian depan tu..sejak aku try test beberapa hari yang lepas.. Kononnyer nak ala-ala feshen siti, tapi takut jugak jadik nampak cam Syarifah Aini lak macam manee.. Uuuishh, memang tak keluar bilik lerr..huhuuu..

Ehh, dok aiih.. hang dah beli yang nie.. Nak wat camnaa, ok laa niee…..sat g kang kak Gia pin laa kat tepi nie, ok la nieee… Cantik apaa… Sib bek laa kak Gia bawak pin nie haa..

Jawab kak Gia sampil membetul2kan tudung siti tu..
Jurugambar yang ku kenali sebagai comel berkali-kali mengambil gambar ku ketika disolek.. Sekejap-sekejap dia di depan pula mengambil gambar pelamin dan hantaran yang telah ku hiaskan semalam.. Tak dapat dinafikan, wajahnya memang lebih muda dari usianya, mungkin sebab itu, dia dipanggil comel..
Aku sempat terkenangkan kisah pasal Comel nie..Hampir bertekak jugaklah dengan kanda Z..
First time nampak nama “Comel” dalam telefon kanda Z, hampir marah juga aku masa tu.. Siapa lagi kalau dah panggil comel, mestilah pada fikiran ku, seorang perempuan yang comel lagi kiut miut..

Ehhh, sayang… sampai hati yea nak bermanja-manja dengan wanita lain.. ooooooo…. Nie siapee pulak yang comel sangat niee.. huhuuuu..Sampai hati taww…. Ape ke kol lamerr sangat niee, cakap pasal aperrr….??huuu……

Aku mula bermadah panjang, sambil melihat detail tempoh masa recieved call di handphone kanda Z, selepas balik dari membeli kasut beberapa minggu lepas.. Mood ceria ku yang mendapat kasut baru dengan promosi separuh harga pada masa itu terus bertukar menjadi ribut taufan..

Sayanggggggg… Ya Allahh.. Comel nie lelaki laa sayangg… bukan perempuan… or sesiapa pun… Kawan masa kanda di IIC dulu laa.. Semua panggil dia Comel, kanda pun panggil la Comel jugak.. Dah memang orangyer pun kecik-kecik jer taww.. lagi kecik dari sayang agaknyer.. Memang dah lama sangat kami tak berhubung, cumer tetiba tadi dia call sebab nak cakap pasal kerja kosong di UM… Dia kerja di UM selepas habis belajar di IIC dulu.. Sayangg nieee.. Takut sangatt.. Kanda tak macam dulu dah taww sayang.. Kanda sayangkan sayang seoraaaaaannng jerr.. Dunia akhirat taw sayang…ishhhhh..sayang..sayang… Sayang percayakan kanda kann…..

Jelasnya dengan panjang lebar..Aku terus membuat muka pelik tetapi mula rasa serba salah..

Hahh, iyea ke lelaki..??? Eeeeeiii…. Adee ke lelaki ngan lelaki panggil comel-comel camtu..huhuu.. Cam manjerr sangat jerr….hmmm.. sayang niee. Ingatkan perempuan maneeer lah tadi… Inform la awal-awal, takder la dinda terkejut berooookk..fuuuuuhhhh..sayang niee…lega sikit jantung dinda nie taww.. ermmmm, sayang, cantik tak kasut niee..?? Murah kann?

Tanya ku sambil menjeling manja..Aku terus mengubah topik masa tu, senyuman ku mula melirik kembali.. Ternyata sangkaan ku meleset sama sekali.. Masa itu, memang tak pernah terdengar sebutan nama Comel sebelum nie, maner taknyerr..hehe.. Rupanya dia seorang penolong pegawai sistem di UM, dan juga seorang jurugambar sambilan.. Kebetulan lah, memang kami sedang mencari jurugambar untuk majlis hari nie.. Tidak tersangka semuanya bagai dirancang.. Sekarang Comel berada di depan ku dan turut diamanahkan oleh kanda Z untuk mengambil gambar hari nie, adakalanya aku tersenyum sinis bila melihatnya kerana teringatkan kembali salah faham ku dengan kanda Z dulu..

Liza, kalau dah siap maybe boleh saya ambil gambar awak kat depan pelamin sebelum pihak lelaki sampai…

Comel tiba-tiba mengajukan cadangan bernas untuk dilakukan sementara kami semua sedang menunggu pihak lelaki datang..

Kak Gia memang takkan berhenti megandam selagi takder orang yang suruh berhenti agaknyer…hehe… Aku memulakan langkah selepas diberi keizinan oleh kak Gia untuk keluar dari bilik dan bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir terutama kaum keluarga ku yang tersayang..

Kaki ku hampir menggeletar sebab duduk terlalu lama untuk diandam tadi.. Namun, ku tetap senyum pada tetamu yang berada di ruang tamu, Ada yang duduk di laman khemah sambil menikmati hidangan.. Aku bersyukur ramai juga yang sudi hadir ke majlis kecil-kecilan ku ini… Alhamdulillahhhh…

Pada jam 2.10 petang….

Kedangaran riuh -rendah di luar laman.. Adikku yang kedua terakhir, Wani kelihatan berlari-lari anak dari luar..

Makk, abg Z dah sampai dahh..

Aku kemudian disuruh masuk ke bilik semula oleh mak su, sebab keluarga pihak lelaki dah sampai.. Ohh.. Jantung ku masih terasa handak terkeluar dari tempat asalnya… Debaran semakin membuatku berpeluh-peluh walaupun kipas bukan main laju berpusing di hadapan ku..

Ohh tuhann..tenangkan lah diri ku dan juga tingkah laku ku semasa majlis ku ini Ya Allahh…Semuga semuanya berjalan lancar Ya Allah… Rahmatilah majlis kecil ku ini dengan sepenuh-sepenuh hidayah dari mu Ya Allahh…Aminnn….

Doaku seorang diri di sofa bilik..Sementara yang lain sibuk mengintai-ngintai melalui langsir ke ruang tamu melihat keluarga pihak lelaki baru tiba.. Ada di antara saudara ku bertanya kepada ku dengan wajah pelik dan sedikit serba salah. Aku dapat mengagak soalan yang bakal terpancul dari bibir mak su ku ketika itu.

Ha’ah mak su, memang keluarga bakal tunang along tu orang  seberang.. Orang Bawiyan.. Hurmm..dah memang jodoh along dengan orang sana mak suu… Along terima dengan seadanya..Lagipun kanda Z dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.. Cuma keluarga besarnya yang memang berasal dari Indonesia.. Kalau orang kita pun tak semesti along boleh dapat seorang lelaki sebaik dan serba serbi elok seperti kanda Z tuuue..

Ujar ku berterus terang tanpa ada sedikit pun rasa malu atau segan silu.. Malah aku berasa bangga kerana dapat berkeluargakan keluarga dari negara jiran ku itu.. Mak su diam rasanya mak su faham isi maksud ku tadi.. Malah mak su turut mengiakan jawapan ku itu tadi..

Iya la kan, kalo dah ko cakap macam tue, mak su pun setuju jugak.. Bukan semua lelaki orang kita ni baik..

Jawab mak su pendek.. sambil senyum.. Aku masih betul-betulkan tudung yang dah memang nyer betul pun kak Gia pakaikan tadi.. Tapi tangan ku masih tak boleh duduk diam bila memikirkan keadaan ku masa keluar dari bilik untuk disarungkan cincin nanti… Dari dalam bilik aku tak dapat dengar apa-apa pun yang dibincangkan oleh keluarga ku dan juga keluarga kanda Z.. Tapi, tiba-tiba ada riuh-rendah suara orang ketawa dengan kuat..

Eh, entah aper lah agaknya yang kelakar sangat tu.. Bukan main lagi gelak .. yang, aper yang diaorang ketawakan tu yang…

Tanya ku kepada  Suriati, salah seorang rakan karib ku semasa di sekolah sampai la sekarang yang dah terbiasa kami masing-masing memanggil “yang” sejak kami bertiga iaitu Suriati, Zaira dan aku bekerja sambilan di sebuah restoran Pizza Hut, Mid Valley selepas habis sekolah dulu..

Entahlah yangg.. tahu tahu jer dah gelak dah.. Terutama nya keluarga sebelah lelaki tuu

Aku takut sangat bila memikirkan jangka masa ku untuk menjadi tunangan orang.. Menurut ibu kanda Z yang lebih mesra ku panggil embuk, embuk lebih setuju jika kami diikat selama dua tahun.. Tapi, menurut keluarga ku pula nak kami hanya diikatkan selama setahun jer..  Aku faham embuk takut kalau kanda Z akan lupakan embuk selepas kami kahwin nanti, tapi pada masa yang sama aku dan kanda Z sebelum ini berusaha untuk meyakinkan embuk supaya embuk lebih bersedia untuk  melepaskan anak lelaki tunggal sulungnya itu kerana kami dah merancang jauh untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing memandangkan masing-masing dah memulakan alam pekerjaan selepas bertahun-tahun lintang piukang di alam pembelajaran di institut pengajian tinggi..

Long, cepat kuar long.. Dah habis dah cakap-cakap tuu..

Bisik mak su ku dengan isyarat tangan menyuruh ku keluar..Selepas hampir setengah jam perbincangan antara dua buah keluarga itu berlangsung, akhhirnya aku disuruh keluar oleh mak su untuk disarungkan cincin.. Ohh, hatiku semakin berdebar-debar menanti detik ini..

3 Responses to “Air Mata Berkalis (Eps.3)”

  1. Neushhism Says:

    Hey Blogger,When you write some blogs and share with us,that is a hard work for you but share makes you
    happly right?
    good luck and cheers!

  2. kbqrandon Says:

    Hey blogger,search your blog from google,great blog,keep writting.promzzz

  3. burberry bags Says:

    Thanks for all of your work on this web page. I am looking forward to reading more of your posts in the future.

Leave a Reply