Air Mata Berkalis (Eps.2)

Pada pagi sebelum majlis…,

Wahir… Tolong laa…Tolong kak long ehh… Susunkan meja-meja kat depan tuu.. Plezzz… Dah pukul berapa nie.. Takut nanti kalau orang dah datang, tak sempat nak susun… Bangunlahh yea…huhuu..Nanti hutang-hutang ko tu semua kak long kira burn je yea..hehee…

Pujuk aku yang sudah terlalu risau kerana jam dah menunjukkan pukul 8.00pagi. Tiada siapa lagi yang nak aku harapkan selain adik lelaki ku yang kedua ini.Adik lelaki yang pertama lagi lah usah ditanya, memang tak mahu ambil tahu langsung. Mujurlah Wahir dan kanda Z sudi juga turun padang sama-sama..Pakcik Emy pun banyak tolong mengecat petang kelmarin..Syukurlah..huhuuu…Selepas aku buatkan air milo panas kegemarannya pagi tadi, Kanda Z terus berangkat pulang ke rumahnya, katanya pukul 9.00 nanti nak ambil kek yang kami tempah empat hari lepas di Taman Melawati..

Aku terus mengemas ruang tamu untuk dikosongkan supaya ruangnya lebih luas untuk keluarga pihak lelaki duduk nanti..Walaupun aku sibuk mengemas, namun jauh di sudut hati, bila terpandang jer mini pelamin yang terhias dengan pelbagai bunga-bungaan tuu, aku terus rasa berdebar..Takut campur gementar untuk menanti jariku disarung cincin, namun pada hakikatnya aku terlalu gembira dan teramat sangat bersyukur kerana tidak menyangka aku telah disunting orang pada usia 23 tahun nie..happy sangat-sangat..huhuuu…tiba-tiba air mata ku bergenang penuh di kelopak mata ku..ohh tidak..mak su tiba-tiba menjerit dari dapur..

Longg, ko dah siap ngemop ker belomm nie loongg…nie mak su nak ngelap meja nie haa…kang mak su lalu kang, kotor balik pulaakkk…eeiii..termenong pulak die…amendee yang ko tengok kat pelamin tuu…

Aku terus mengesat air mata ku yang hampir luluh ke lantai, dengan lengan baju kerana tangan ku sedang memegang mop lantai..huhuuu… Aku cuma sebak kerana mengenangkan kenangan ku bersama kanda Z yang memang sudah tidak asing lagi bagi diri ku dan juga ahli keluarga ku yang lain.. Walaupun baru genap setahun hubungan cinta kami pada 11 Januari 2010 yang lalu, namun tidak ku sangka pada hari ini ahli keluarganya akan datang ke sini dengan penuh adat merisik dan masuk meminang. aku berbisik di dalam hati..

Ohh….ku bersyukur ya Allah, kerana segala rintangan dan ujian yang maha hebat dari Mu telah ku lalui dengan segala ketabahan dan kesabaran yang utuh lagi bersungguh-sungguh ya Allahh. Sesungguhnya aku sedar bahawa berkat pengorbanan itulah yang telah membawa ku sehingga ke tahap ini..Terima kasih ya Allah..

Aku menekap dadaku menahan sebak dengan telapak tangan kananku…Rasa syukur masih tidak putus-putus dari bibir ku sejak kanda Z mula menyatakan hasrat untuk menjadikan diri ku yang serba kekurangan ini sebagai isterinya yang sah dunia akhirat.. Syukur Alhamdulillahhh…

Selesai sahaja mengemop, aku lihat adik lelaki ku juga sudah selesai menyusun meja dan kerusi di hadapan rumah. Memang khemah tuu betul-betul dipasang di laman rumah ku yang baru sahaja aku kemaskan sejak aku ambil cuti di JKR tiga hari lepas.. hmm..nampak macam ok jugak,sebab banyak pokok..hehe..ayah memang suka bercucuk tanam..secara tidak sengaja jadiklah macam konsep ala taman….hehee…Makanan pun ada yang dah siap mak su masukkan ke dalam tray..sementara ibuku masih sibuk di dapur..

Pada pukul 10.00 pagi aku terus bersiap mandi dan menggosok baju istimewaku yang berwarna ungu lembut beronakan merah jambu yang sangat lembut..huhu…semakin berdebar-debar jantung ku melihat pakaian yang ala-ala pengantin tuu..hisshh..malu pun aderr..heheee…

Kanda Z datang berpeluh-peluh membawa dulang hantaran kek tempahan yang baru diambil..

Nah sayang, jenuh tadi kanda ulang alik dari kedai ke rumah, dari rumah ke rumah sayang…maaf yea lambat..sayang ok takk.??

Aku tersenyum lebar sambil mengambil kek yang diberikan tadi..

kesiannyeer diee..hmm..mesti sayang penat kann…sayang nak air…dinda buatkan ehh..

Nada manjaku membuatkan wajahnya tenang semula sambil tersenyum manis dan terus duduk di meja makan kerana sofa dan kerusi sudah aku kemaskan sampai ada yang aku letakkan di luar rumah sebab tak muat..hehe..

Selepas minum, kanda Z terus keluar semula untuk menjemput ahli keluarga pihaknya kerana dia seorang jer tahu jalan ke rumah nie.. Aku masih lagi buat apa yang patut, adik perempuan ku, eza ada tolong pagi tu, so aku pun ringan la sikit tangan..huhu..nasib baikk…Aku terus kol kak gia pada pukul 12.00 tengah hari..kebetulan kak gia dah dalam perjalanan ke sini..aku terus bersiap pakai pakaian istimewa tuu..

photographer yang kanda Z sediakan pun dah telefon kata dah sampai dan sedang bersiap untuk ambil gambar semasa make up..Rakan-rakan ku masa sekolah dulu pun ada yang dah sampai..eeeiii segannyerr..orang tengok kiterr..hihii…tambah lak ngan photographer yang kanda Z selalu sebut comel tuu,rakan kanda Z juga masa belajar di IIC dulu..aku tak kenal,segan memang tahap dewa dah..tak reti bergambar memang tahap kayu..heheee…ku gagahkan jua depan kak gia,sambil kak gia siap2 pilih foundation tuk muka aku niehh..hahaaa…(aku gelak sebab tak tahu camner gaye muka aku pas make up nanti,takot jadik spesis avatar jerrr..haaaa)

Kak gia, nie kak gia buat cantik-cantik taw…hehee..ada bulu mata extra takk..??ngeee

kak gia menjawab senyum..,sambil menenyeh-nenyeh muka ku dengan span foundation..

Ehh mesti laa adaaa…hang duk diamm jaa na….

Loghat bahasa kak gia dari utara masih pekat lagi walaupun dah lama menetap di Kuala Lumpur… Kadang-kadang aku pun terikut sama bercakap dalam loghat utara..heheee…terrrr..

2 Responses to “Air Mata Berkalis (Eps.2)”

  1. akai mpc Says:

    Hi ? very good site you have created. I enjoyed reading this posting. I did want to write a remark to tell you that the design of this site is very aesthetically pleasing. I used to be a graphic designer, now I am a copy editor. I have always enjoyed working with computers and am trying to learn code in my spare time.

  2. matura 2011 arkusze Says:

    Very interesting entry, I look forward to the next! Thx for share

Leave a Reply