Profil

Norliza Razali

NORLIZA BINTI RAZALI

 

Dilahirkan pada 18 Disember 1987  hari Jumaat di Hospital Tangkak, Johor Darul Takzim

Puteri Sulung daripada 6 beradik kepada

pasangan terindah RAZALI BIN IBRAHIM dan ROHANAH BT BUJANG

Kak Long kepada adik-adik tersayang

RAZLIANA EZA BT RAZALI

MOHD SHAFIQ B RAZALI

ZAWAHIR B RAZALI

NOR SRI WANI BT RAZALI

NOR SRI EWANA BT RAZALI

Kekasih hati tersayang dan isteri tercinta kepada insan paling bertuah di dunia ini, ZAINUDIN BIN ASMAT

Anak menantu termanja

kepada pasangan bahagia WASIL BIN MANSUR  dan MUSLIMAH BT SAMSURI

Kakak ipar sulong kepada adik-adik ipar yang dikasihi

NISMA BT ASMAT

SALIMA BT ASMAT

NUR NABILAH BT WASIL

Kini menetap bersama kekasih hati yang juga merangkap sebagai  suami tercinta di

rumah kami sendiri di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur

Bonda dah ayah pula menetap di rumah Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

Keluarga Mertua masih menetap di Hulu Kelang, Ampang, Selangor.

Beraya setiap tahun di perkampungan Lipat Kajang, Jasin, Melaka

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Sekolah Kebangsaan Taman Medan

Seorang murid biasa yang selalu berpindah-randah sejak kecil. Pendiam dan tiada ramai kawan kerana selalu ke sekolah baru. Sangat meminati subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta sering menyertai kuiz subjek tersebut. Kerap dibuli oleh murid lelaki yang nakal dan langsung tiada keyakinan diri untuk menonjolkan diri di sekolah sehinggalah darjah lima. Keyakinan dan semangat semakin menebal sewaktu darjah lima dengan mencuba untuk menyertai pelbagai aktiviti di sekolah. Pernah tercalon untuk mengambil peperiksaan tahun lompat namun tidak berjaya.

Mulai darjah lima,  sangat aktif dengan aktiviti sekolah seperti menyertai acara perbarisan Pandu Puteri, menyertai acara sukan lontar peluru dan bola jaring, mewakili sekolah dalam pertandingan melukis dan mewarna, menjuarai pertandingan bercerita dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris serta membuat persembahan bercerita yang direka sendiri untuk program tertentu, terlibat dalam persembahan tarian endang, dan pernah mengetuai persembahan muzik rekorder peringkat sekolah.

Mendapat pendidikan tambahan dalam kelas komputer, kelas mengaji setiap malam selepas maghrib sehingga  3 kali khatam Al-Quran, kelas seni pertahanan diri  Taekwando dan Silat Tonggak Siliwangi Biru, serta aktif dalam pengambilan kelas seni muzik luar pada setiap hari sabtu dan ahad di Mahogany dan Sunwave Music untuk latihan instrument seperti gitar, organ, drum dan teori muzik. Mendapat keputusan 4A 1B (Sains)  di dalam peperiksaan UPSR.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Sekolah Rendah Agama Medan Harun

Seorang murid biasa yang sering berada di top three di dalam kelas. Sangat meminati ilmu Bahasa Arab, Akhlak dan tulisan jawi. Sering dibuli oleh murid lelaki kerana sifat yang tidak suka melawan. Walaubagaimanapun, tetap gemar untuk memasuki dan menjuarai pertandingan tulisan khat dan apa jua yang berkaitan dengan seni.

Mulai darjah lima, sifat ingin mencuba semakin terserlah dengan  mencuba untuk memasuki pertandingan syarahan berkaitan dengan agama Islam kerana amat fasih dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith yang dapat diselitkan di dalam syarahan. Secara tidak sengaja mencuba nasib juga di dalam kumpulan nasyid wanita sebagai penyanyi utama. Menjuarai pertandingan syarahan di peringkat sekolah namun menarik diri di saat-saat akhir untuk ke peringkat zon, kerana terdapat konflik perebutan kuasa daripada anak guru besar sekolah agama tersebut sehingga menyebabkan perbalahan hebat antara kedua orang tua dan guru besar tersebut.

Masih belum berputus asa, semangat diteruskan untuk mengasah bakat diri serta aktif  dalam kumpulan nasyid sebagai penyanyi utama sehingga menjuarai pertandingan di peringkat sekolah dan sering dijemput untuk membuat persembahan di dalam pelbagai program sebagai wakil sekolah. Menjadi murid contoh di sekolah dan berjaya mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan SPRA.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun

Seorang pelajar biasa yang agak skema pada awalnya namun bertekad untuk menjadi seorang pengawas sekolah di tingkatan dua kerana sudah tidak sanggup untuk terus dibuli oleh rakan sekolah yang nakal seperti di sekolah rendah. Berusaha keras walaupun tidak tercalon sebagai pengawas, namun telah membuat rayuan dan memberanikan diri untuk berjumpa dengan guru disiplin agar dilantik sebagai pengawas. Sangat aktif dengan pelbagai aktiviti dan tidak terlalu kisah samada ada kawan ataupun tidak dengan hanya membuat hal sendiri dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dalam segala segi.

Masih giat dengan kelas muzik di Sunwave Music dengan bermain organ dan pernah terlibat untuk membuat persembahan muzik secara berkumpulan dengan instrument yang lain dimana semuanya adalah pelajar bangsa Cina. Masih terlibat dalam aktiviti seni Silat Tonggak Siliwangi Biru dan pernah membuat persembahan seni silat perkahwinan di dalam majlis-majlis persandingan di sekitar Taman Medan.

Menjadi Penolong Ketua Pengawas sesi petang pada tingkatan dua dan giat melakukan aktiviti-aktiviti pengawas seperti perbarisan pengawas dan memasuki pertandingan bersajak, bersyair, seni lukis dan mewarna, sukan bola jaring hingga ke peringkat daerah. Menjadi ketua dalam pertandingan koir bahasa Melayu dan Inggeris, serta menyertai pertandingan choral speaking dan public speaking dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah dan peringkat zon.

Pernah menjuarai pertandingan bersajak terbuka di Taman Medan sempena Hari Kemerdekaan. Mencuba nasib dalam pertandingan bacaan Tilawah Al-Quran sebagai Qari’ah dan mewakili sekolah di peringkat zon. Sangat meminati subjek Bahasa Inggeris dan Matematik sehingga menjadi pelajar terbaik di dalam subjek tersebut dan menjadi pelajar contoh sekolah dengan mendapat keputusan 7A 1B (Geografi) di dalam peperiksaan PMR.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pada tahun 2003, secara kebetulan telah dijemput oleh seorang ahli Dikir Barat wanita Kencana Putri untuk diuji suara sebagai penyanyi dikir barat atau Tok Jogho kerana penyanyi mereka sebelum ini sudah tamat sekolah dan tiada pelapis untuk ke pertandingan seterusnya. Berkat daripada pengalaman sebagai Qari’ah sebelum ini, terus diterima masuk dan telah ditawarkan untuk  menjalani latihan vokal bersama ahli dikir yang lain bagi mencuba nasib dalam pertandingan peringkat sekolah dan mengasah bakat dalam pertandingan dikir barat terbuka  anjuran belia dan penganjur luar.

Akhirnya berjaya menjuarai pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya menjadi Juara untuk mewakili negeri dengan membawa nama SMKTDH, negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Seterusnya kumpulan SMKTDH berjaya menjadi Juara Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan di negeri Perlis dan telah mendapat anugerah sebagai Penyanyi Tok Jogho terbaik pada tahun 2003.

Semakin aktif dengan aktiviti kokurikulum yang lain seperti dalam aktiviti pengawas kerana merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dalam organisasi pengawas. Begitu juga dalam organisasi Kelab Dikir Barat, Puteri Islam, Bola Jaring  dan Kelab Fotografi. Tidak ketinggalan tetap aktif juga dalam aktiviti sukan padang balapan 4x100m dan 400m.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Menjelang pada tahun 2004, dilantik secara rasminya sebagai Ketua Pengawas SMKTDH 2004 merangkap Pengerusi Exco Lembaga Pengawas 2004 oleh para guru dan lembaga exco pengawas tahun 2003 dimana secara tidak langsung juga menjadi Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2004. Berdasarkan pengalaman menguruskan aktiviti-aktiviti serta program sekolah tanpa penglibatan guru, menjaga prestasi pembelajaran dan bertindak tegas dalam urusan disiplin sekolah sejak dilantik sebagai pengawas, para guru dan lembaga exco 2003 telah memberi amanah yang besar tersebut tanpa gusar kepada seorang pelajar perempuan yang bernama Norliza binti Razali ini.

Secara tidak langsung juga telah dilantik sebagai pengerusi Kelab Fotografi, Pengerusi Kelab Dikir Barat, dan Setiausaha Puteri Islam.  Pernah menyertai pertandingan nasyid di sekolah dan pertandingan terbuka Taman Medan. Semakin aktif dalam acara sukan balapan dengan  4x100m, 4x400m, 400m, 1o0m, dan 1600m. Pernah memenangi pingat perak, emas dan gangsa dalam semua acara tersebut.

Bertindak tegas dan sentiasa berani untuk menjaga disiplin  sekolah menyebabkan ramai pelajar yang tidak selesa dan sering memandang serong terhadap tugas yang diberikan lalu bertindak kasar seperti mengugut untuk mencederakan, memaki hamun serta memberi surat layang yang berbaur cacian. Tanpa berfikiran negatif, rutin harian tetap dijalankan seperti biasa seperti memberi ucapan pada majlis-majlis tertentu, menjadi pengerusi majlis, mewakili sekolah untuk menghadiri kursus kepimpinan, menguruskan mesyuarat setiap minggu, dan menguruskan aktiviti untuk program Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan Hari kantin, serta memantau anak-anak buah yang lain.

Kesibukan dalam menjalankan aktiviti ko-kurikulum mungkin telah menjejaskan sedikit masa untuk pembelajaran. walaubagaimanapun pada dasarnya keseronokan dan pengalaman ketika menjalani kehidupan yang sedemikian dimana boleh dianggap sebagai perjalanan yang terbaik  bagi kemajuan diri tetap berbangga dengan mendapat keputusan 3A 4B 3C di dalam peperiksaan SPM dan mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam ko-kurikulum kerana telah membawa nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan di dalam pertandingan Dikir Barat.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Politeknik Merlimau Melaka

Merupakan seorang pelajar yang tidak pernah mengambil matapelajaran yang berkaitan dengan kejuruteraan atau senibina namun telah di syorkan oleh ayahandanya tercinta supaya mengambil bidang senibina sepertimana ayahandanya adalah seorang penyelia tapak yang telah lama berkecimpung di alam pembinaan dan kejuruteraan tapak di sekitar Kuala Lumpur. Mengenangkan masih tiada pilihan yang tetap, akhirnya tekad dan pasrah menuruti rentak yang sedia ada memandangkan diri sendiri pernah meminati bidang senilukis sebelum ini.

Pembelajaran di Politeknik yang amat menekankan amalan teknikal berbanding teori boleh dikatakan agak sukar untuk di terapkan namun sukar untuk membayangkan kebanggaan hati dan kepuasan diri apabila buat kali pertamanya berjaya mendapat anugerah Ketua Jabatan pada semester satu kerana mendapat keputusan pointer 3.80 dengan Keputusan gred A- untuk modul Senilukis. Sememangnya dunia pembelajaran pelajar Senibina atau lebih dikenali sebagai Architecture ini amat mementingkan nilai kualiti nilai kerja yang sangat subjektif namun agak seronok apabila kita mula kenal, apa itu Senibina yang sememangnya kita sentiasa berhadapan dengannya walau di mana saja kita berada.

Walaupun masih berada di aras selamat apabila mendapat Anugerah Emas untuk pointer purata yang di aras 3.5 ke atas pada semester dua, namun tahap keyakinan boleh dikatakan semakin menurun dan hampir memberontak untuk meneruskan pengajian.  Gaya hidup harian yang kurang tidur, dan sentiasa perlu memikirkan idea-idea baru sangat  mencabar tahap kekuatan minda dan mental sehingga keputusan semester tiga terus menurun di bawah pointer 3.50.

Menjalani Latihan Industri semasa di semester 4 selama 6 bulan di Arasreka Arkitek Kuala Lumpur di mana merupakan tapak utama pembelajaran senibina di alam pekerjaan yang sebenar di bawah tunjuk ajar Ar. Abdul Razak bin Abdullah sehingga berjaya menguasai skill-skill dalam working drawing, detail drawing, design stage, presentation drawing, dan yang paling berharga sekali, penguasaan teknik menghasilkan lukisan 3d dengan menggunakan Autodesk Revit Architecture Building software.

Skill lukisan 3d tersebut seterusnya digunapakai semasa di semester 5 dan semester 6 sehingga berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan terbuka anjuran Autodesk tahun 2008 di dalam kategori building design dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 2000.00 , HP Notebook yang berharga RM 6000.00 , berserta kurus Autodesk oleh Pengajar Profesional yang berjumlah RM 1200.00. Turut merasa bangga dengan kejayaan membawa nama Politeknik Merlimau Melaka sebagai Naib Juara Pertandingan Autodesk Revit Building yang telah disertai oleh lebih 600 orang peserta yang terdiri dari pelbagai pelajar institusi pengajian Universiti mahupun Politeknik serata Malaysia tersebut telah meletakkan diri ini di tahap keyakinan yang tinggi untuk terus menceburkan diri dalam bidang senibina ini walaupun hanya mendapat keputusan 3.46 pada semester akhir. Syukur Alhamdulillah..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Arasreka Architect Kuala Lumpur

Telah menjalani LATIHAN INDUSTRI selama 7bulan di pejabat ini di bawah penyeliaan Ar. Razak Abdullah dan En. Affandi. Sepanjang menjalani latihan, satu kejutan budaya kerja yang sangat tertekan memang sudah menjadi rutin harian di kalangan staf di sini. Cara dan gaya penekanan dalam nilai kualiti adalah sama seperti cara pensyarah-pensyarah di Politeknik Merlimau memberi komen dan pemarkahan malah mungkin lebih teruk lagi kerana di alam pejerjaan merupakan cabang bisnes yang besar dan semuanya adalah realiti bukan lagi fantasi yang boleh dilengah-lengahkan.

Walaubagaimanapun, dengan tunjuk ajar rakan sepejabat yang lain seperti Pn. Maimariamah, Pn. Zatul Himmah Bawadi, Cik Sharina Ibrahim, En. Zil Husham, Pn. Norliza Dollah dan semestinya bos syarikat ini iaitu Ar Razak Abdullah yang sangat membantu dalam segala urusan penghasilan lukisan dan sebagainya sehingga tamat latihan adalah sangat bermakna serta memberi kesan kekal sehingga kini.

Pelbagai jenis lukisan dan butiran lukisan dari skala kecil hingga ke besar telah dilakukan dengan sangat tekun dan bersemangat sekali memandangkan ianya semakin menyeronokkan apabila kita tahu apa yang perlu dilakukan berbanding dengan pemikiran dan pengalaman kosong yang agak blurrr masa mula-mula masuk dulu. Bukan sahaja berjaya menguasai skill Autocad, malah perisian graphic seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan yang  paling berharga sekali ialah skill Autodesk Revit Building iaitu perisian lukisan 3dimensi (3d) turut dikuasai sehingga buat pertama kalinya berjaya menghasilkan 3D untuk pembentangan laporan cadangan bagi rekabentuk baru Sekolah Menengah Kebangsaan Tapu, Hulu Terengganu yang kini telah dilancarkan dan diserahkan secara rasmi pada Mac 2011 yang lalu.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur

..Masih di dalam proses pengubahsuaian..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di SPACE Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

..Masih di dalam proses pengubahsuaian..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Lieyza di Alam Percintaan

..Masih di dalam proses pengubahsuaian..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..